TABUNG SUMBANGAN KESEDARAN PERUNDANGAN HARTANAH
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk saya berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat dengan masyarakat selama lebih kurang 7 tahun di media sosial dan online ini.
Sepanjang itu juga, tiada sebarang caj dikenakan kepada sesiapa yang pm bertanyakan apa jua soalan kepada saya berkenaan perundangan hartanah, melainkan untuk kes-kes peribadi yang memerlukan saya melakukan sebarang kerja khusus seperti memberikan nasihat perundangan rasmi secara bertulis, menyediakan dan menyemak sebarang draf perjanjian atau dokumen dan sebagainya.
Sudah pasti usaha-usaha memberikan kesedaran dan memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat berkenaan sesuatu isu atau masalah perundangan hartanah ini memerlukan bukan sedikit pengorbanan dari segi masa dan tenaga termasuklah masa untuk membaca dan membuat kajian serta research, membuat rujukan undang-undang, mencari sumber-sumber yang sahih, risiko dibenci dan dimaki oleh pihak yang tidak bersetuju dan banyak lagi.
Dan selama ini tiada sebarang peruntukan atau bantuan diterima daripada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut.
Justeru, sebagai sokongan tuan/puan terhadap usaha-usaha yang dilakukan tersebut, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat membeli sebarang PRODUK E-GUAMAN HARTANAH saya sama ada dalam bentuk buku, ebook mahupun sampel dokumen.
Dan sudah pasti segala hasil jualan daripada produk E-GUAMAN HARTANAH itu akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang saya nyatakan di atas tadi.
Disamping itu, saya juga tidak menolak, sekiranya ada mana-mana pihak yang ikhlas ingin memberi sumbangan kewangan mulai serendah RM10 untuk serba sedikit menampung segala kos usaha-usaha yang berterusan yang dijalankan oleh saya di atas.
Kepada yang ikhlas untuk membantu bolehlah memberikan sumbangan ikhlas anda secara peribadi melalui nombor akaun yang dinyatakan di bawah.
Mudah mudahan segala sumbangan tuan/puan dapat membantu saya dalam usaha-usaha berteruskan memberikan ilmu dan kesedaran serta memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat berkaitan perundangan hartanah.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR