Akaun eguamanhartanah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

EBOOK 30 ASAS CELIK UNDANG-UNDANG JUAL BELI HARTANAH

EBOOK 30 ASAS CELIK UNDANG-UNDANG JUAL BELI HARTANAH
EBOOK 30 ASAS CELIK UNDANG-UNDANG JUAL BELI HARTANAH

Muka Surat : 133 warna warni

PENULIS : SALKUKHAIRI ABD SUKOR (PEGUAM HARTANAH, TIMBALAN PRESIDEN K-LITERASI)

Tn. Salkukhairi berpengalaman luas dalam bidang perundangan hartanah selama lebih 19 tahun dan mempunyai firma guaman sendiri. 

Telah mengendalikan ribuan kes berkaitan urusan jual beli hartanah. 

Merupakan Pengasas dan Mantan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM) serta Mantan Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR).

Beliau selalu menulis di FB Page beliau berkongsi tentang ilmu perundangan hartanah. 

Tulisan-tulisan beliau juga kerap disiarkan di media cetak mahupun di media online.

Beliau kerap dijemput sebagai penceramah di seminar dan forum berkaitan hartanah dan pernah muncul di beberapa rancangan bual bicara di televisyen.

SINOPSIS EBOOK.

Bila anda beli sesuatu hartanah, peguam anda tak kan ada masa yang panjang untuk explain semua perkara berkaitan undang-undang jual beli hartanah kepada anda.

Kalau anda tak tanya, biasanya mereka tak akan explain. Cuma kalau banyak sangat tanya pulak nanti bimbang peguam pulak jadi tak selesa.

Jadi sebab itulah anda perlu cari sendiri ilmu tambahan tentang asas undang-undang jual beli hartanah. 

Bukan setakat undang-undang berkaitan ketika urusan jual beli itu dilakukan sahaja, tetapi juga ilmu perundangan sebelum dan selepas urusan jual beli itu disempurnakan.

Dan satu lagi, saya berani katakan bukan senang sebenarnya anda nak dapatkan ilmu-ilmu asas berkaitan jual beli hartanah ini. Tak ramai yang sanggup kongsikan semua ilmu berikut diluar sana.

Sebab kebanyakan ilmu-ilmu tersebut bersifat practical law. Kadang-kadang hanya orang yang telah menghadapi masalah berkaitan sahaja akan dapat faham tentang Undang-undang tersebut. Kalau tak, jawabnya sampai bila-bila pun anda tak kan tahu tentangnya.

Alangkah beruntungnya kalau anda telah mempunyai ilmu asas undang-undang jual beli hartanah tersebut. Paling kurang anda akan mudah faham apa yang peguam anda explain. 

Dan anda juga akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Bahkan anda juga akan tahu kalau anda lakukan atau tinggalkan sesuatu perkara yang ditetapkan oleh undang-undang, kesannya adalah sekian sekian.

Ertinya, anda mampu untuk elakkan masalah itu berlaku kepada diri anda. Kerana anda sudah faham tentang Undang-undang tersebut.

Saya bagi contoh begini, ketika anda mahu beli rumah yang dalam pembinaan dengan pemaju misalnya, pemaju biasanya akan explain kelebihan dan keistimewaan rumah yang anda ingin beli tersebut.

Kemudian apabila anda jumpa peguam yang telah ditetapkan oleh pemaju untuk urusan perjanjian jual beli, paling tidak pun peguam hanya akan explain apa-apa tindakan yang akan dilakukan oleh peguam sehinggalah urusan jual beli itu selesai.

Tetapi tak ramai yang akan explain satu persatu apa akan berlaku sekiranya projek perumahan itu lewat siap, atau apa akan jadi sekiranya anda lewat jelaskan bayaran progres pembinaan kepada pemaju, atau apa akan jadi sekiranya selepas anda terima kunci nanti rumah tersebut banyak rosak.

Walaupun semua perkata  itu ada dinyatakan dalam perjanjian jual beli, tetapi berapa ramai yang akan baca semua yang ditulis dalam perjanjian jual beli tersebut.

Dan berapa ramai juga pembeli yang akan tanya peguam atau minta peguam explain. Sebab kadang-kadang pembeli sendiri tak tahu apa yang nak ditanyakan kepada peguam.

Jadi alangkah beruntungnya kalau anda menguasai ilmu asas undang-undang jual beli hartanah sebelum anda berurusan dengan peguam. Sudah pasti anda lebih yakin dan rasa seronok beli rumah tersebut. Kerana anda tahu banyak perkara.

Berbeza dengan orang yang tiada ilmu asas undang-undang jual beli hartanah. Mereka beli rumah setakat beli sahaja, tapi tak tahu satu benda pun tentang urusan jual beli hartanah. Semua serah pada orang lain. Orang lain tipu, maka tertipulah dia. Orang lain cakap gebang pun, dia percaya bulat-bulat.

Jadi sebab itulah anda PERLU dapatkan dan BACA EBOOK 30 ASAS CELIK UNDANG-UNDANG JUAL BELI HARTANAH ini.

Terdapat  30 TOPIK ASAS UNDANG-UNDANG JUAL BELI HARTANAH yang dikongsikan dalam ebook ini

ASAS 1 : KENAPA BELI RUMAH KENA GUNA PEGUAM BERBANDING BELI KERETA?

ASAS 2 : 12 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KOS GUAMAN JUAL BELI HARTANAH

ASAS 3 : 4 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG DEPOSIT JUAL BELI HARTANAH

ASAS 4 : JANGAN BELI HARTANAH DALAM 10 KATEGORI INI KERANA IANYA BERISIKO

ASAS 5 : 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH DENGAN PEMAJU

ASAS 6 : PEMAJU LEWAT SIAPKAN RUMAH. 11 PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN

ASAS 7 : PEMAJU TUNTUT FAEDAH LEWAT BAYAR. 9 PERKARA INI ANDA KENA TAHU

ASAS 8 : RUMAH BARU BANYAK ROSAK. 10 PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN

ASAS 9 : RUMAH TERBENGKALAI. INI 5 LANGKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN

ASAS 10 : BOLEHKAH PEMBELI BATALKAN PERJANJIAN JUAL BELI DENGAN PEMAJU?

ASAS 11 : APA BEZA SERAHAN KUNCI DAN SERAHAN MILIKAN KOSONG RUMAH OLEH PEMAJU?

ASAS 12 : 10 KESILAPAN PEMBELI YANG MENYEBABKAN PEMAJU TIDAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH ANDA

ASAS 13 : 6 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH SUB-SALE

ASAS 14 : RUMAH SUB-SALE ROSAK. BOLEHKAH MINTA PENJUAL BAIKI?

ASAS 15 : RISIKO BELI RUMAH SUB-SALE SECARA SAMBUNG BAYAR PINJAMAN BANK PENJUAL

ASAS 16 : ADAKAH RUMAH DIANGGAP MILIK PEMBELI SETELAH PEMBELI MULA KENA BAYAR ANSURAN BANK?

ASAS 17 : 3 PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT SELEPAS SELESAI URUSAN JUAL BELI RUMAH SUB-SALE

ASAS 18 : 10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU BERKENAAN JUAL BELI TANAH LOT

ASAS 19 : 10 RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI)

ASAS 20 : KEDUDUKAN SURAT IKATAN AMANAH DALAM URUSAN JUAL BELI TANAH LOT LIDI. ADAKAH MELINDUNGI HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI?

ASAS 21 : BELI RUMAH LELONG TETAPI PEMILIK ASAL TAK MAHU KOSONGKAN RUMAH

ASAS 22 : RISIKO BELI RUMAH STRATA YANG BELUM ADA HAKMILIK STRATA

ASAS 23 : MARK-UP HARGA JUAL BELI MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN?

ASAS 24 : SIMPAN DENGAN SELAMAT SEMUA DOKUMEN SELEPAS SELESAI URUSAN JUAL BELI

ASAS 25 : RUMAH ATAS NAMA SUAMI ISTERI, TETAPI ISTERI YANG BAYAR PINJAMAN. BILA BERCERAI APA YANG PATUT DILAKUKAN?

ASAS 26 : KESAN URUSAN JUAL BELI JIKA PENJUAL / PEMBELI MENINGGAL DUNIA

ASAS 27 : BOLEHKAH ANDA LAKUKAN SENDIRI URUSAN PINDAHMILIK HARTANAH KEPADA WARIS?

ASAS 28 : BOLEHKAH BELI RUMAH LETAK NAMA ANAK BAWAH UMUR?

ASAS 29 : BEZA ANTARA PEMEGANG AMANAH, PENTADBIR HARTA DAN WAKIL KUASA

ASAS 30 : PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU JIKA MAHU LANTIK KONTRAKTOR UNTUK RENOVASI RUMAH

Saya yakin setelah anda habis baca ebook ini anda akan dapat rasai seolah olah ada suatu yang berharga dalam diri anda. 

Anda akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan peguam. Anda juga akan rasa lebih appreciate terhadap hartanah yang anda beli. Percayalah. 

Jadi oleh itu saya mengajak anda untuk cepat cepat dapatkan ebook ini.

Terima kasih.

PERHATIAN!

Semua sampel dokumen/ ebook ini adalah dalam bentuk soft copy dan akan diemail kepada pembeli. Tiada makalah bercetak akan di pos kepada pembeli. Harap maklum.