BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH (VERSI CETAK)
BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH MUKA SURAT : 145 M/S
PENULIS : SALKUKHAIRI ABD SUKOR (TIMBALAN PRESIDEN K-LITERASI)
Tn. Salkukhairi berpengalaman luas dalam bidang perundangan hartanah selama lebih 19 tahun. Telah mengendalikan ribuan kes berkaitan urusan jual beli hartanah. Merupakan Pengasas dan Mantan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM).
Beliau selalu menulis di FB Page beliau berkongsi tentang ilmu perundangan hartanah. Tulisan-tulisan beliau juga kerap disiarkan di media cetak mahupun di media online.
Beliau kerap dijemput sebagai penceramah di seminar dan forum berkaitan hartanah dan pernah muncul di beberapa rancangan bual bicara di televisyen.
RINGKASAN:
1. BUKU ini ditulis khusus untuk rakyat Malaysia memahami tentang prosedur dan tips mudah urusan jual beli hartanah dari sudut perundangan dan amalan guaman hartanah terkini di Malaysia.
2. Walaupun ini adalah makalah undang-undang, tetapi bahasa yang digunakan adalah menggunakan bahasa orang awam yang sangat mudah difahami dan santai.
3. Dalam buku ini terdapat 20 bab yang menceritakan tentang tips, panduan dan prosedur urusan urusniaga dan jual beli hartanah.
4. Yang menariknya dalam BUKU ini disertakan sekali sample dokumen yang berkenaan sebagai panduan kepada pembaca. Buku ini sangat praktikal dan catchy dan sangat sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman terlibat dalam urusan jual beli hartanah sebelum ini.
5. Setelah anda membaca BUKU ini anda pasti akan dapat memahami perkara-perkara berikut dengan lebih jelas lagi:
▪ Tips dan prosedur mudah pembelian rumah sub-sale,
* Tips dan panduan pemilihan peguam hartanah terbaik untuk urusan jual beli hartanah anda,
▪ Tips dan prosedur mudah pembelian rumah dengan pemaju,
▪Tips dan prosedur mudah pembelian rumah lelong,
▪Tips dan prosedur mudah pembelian tanah lot,
▪ Tips dan prosedur mudah pindah milik hartanah kepada waris,
▪Tips dan prosedur mudah pinjaman perumahan dengan bank dan LPPSA,
▪ Terma-terma asas perjanjian jual beli rumah dengan individu,
▪ Terma-terma asas jual beli rumah dengan pemaju,
▪Tips dan prosedur mudah penyelesaian pinjaman perumahan dan pelepasan gadaian,
▪ Tips dan prosedur mudah urusan JV tanah dengan pemaju,
* Tips dan prosedur urusan melepaskan gadaian dengan bank/ LPPSA
Dan macam-macam lagi.
6. Pendek kata, dengan hanya membaca buku ini anda akan memahami keseluruhan urusan jual beli hartanah dengan mudah dan cepat. Sangat sempoi dan enjoy membacanya!
Jom order sekarang! Harga RM80 sahaja + RM5 KOS POS SELURUH MALAYSIA!
Berminat? Sila penuhkan maklumat di bawah.