Akaun eguamanhartanah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

EBOOK 10 RISIKO LOT LIDI

EBOOK 10 RISIKO LOT LIDI

KEGHAIRAHAN untuk memiliki tanah pada harga yang murah, mendorong segelintir dari kita tidak mengambil peduli status aset terbabit.


Antara yang mendapat sambutan dan aktif dijual di pasaran adalah tanah lot yang belum ada geran individu berasingan atau lebih popular dikenali sebagai lot lidi.


Lot lidi merujuk kepada tanah lot yang masih berstatus pertanian dan belum mempunyai geran individu berstatus bangunan, tetapi dijual sebagai lot bangunan, hanya berdasarkan kepada pelan lakaran yang belum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI), Salkukhairi Abd Sukor, ramai yang beranggapan membeli tanah lot lidi adalah berbaloi kerana harganya lebih murah berbanding tanah yang sudah memiliki geran individu berasingan. Tetapi hakikatnya, pembeli bakal menghadapi kerugian dalam jangka masa panjang apabila tanah lot yang dibelinya itu tidak boleh dipindahmilik dan diwariskan kepada waris-waris mereka.

Antara masalah yang biasa timbul terhadap pembeli tanah lot lidi adalah kerana terdedah kepada unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan perbalahan dengan penjual.


Kebanyakan penjual menjanjikan bahawa tanah lot akan menjadi milik pembeli selepas bayaran dijelaskan secara tunai. Pembeli dijanjikan akan mendapat geran individu dalam tempoh tertentu.


Bagaimanapun, sebaliknya berlaku dan yang menjadi mangsa adalah pembeli.


Terdapat beberapa risiko yang bakal dihadapi pembeli kesan daripada pembelian tanah lot lidi.


Semua risiko-risiko tersebut telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam EBOOK 10 RISIKO  BELI TANAH LOT LIDI ini.


Berminat untuk mendapatkan ebook ini? Sila penuhkan ruangan di bawah.


Perhatian:


Ebook ini adalah dalam bentuk soft copy. Ia akan diemail kepada pembeli. Tiada buku bercetak (hard copy) akan di pos kepada pembeli.